Asssalamualaikum, agak lewat upload post ni sebab minggu ni sibuk dengan anak demam sampai 39c sejak ahad lepas... tapi salah sendiri la lambat buat tugasan kan... okay, kawan-kawan, kali ni saya post dalam Bahasa melayu sebab dalam perjumpaan dengan pensyrah minggu lepas, pensyarah kata boleh menggunakan bahasa melayu...wah lega rasanya. bukan pe, kalau bahasa Inggeris ni past dan present serta future tense nye entah kemana.
Baiklah... terus ke tajuk saya pada hari ini, pengenalan tentang Sistem. jadi tajuk saya hari ini, IS dan HRIS ,jadi mungkin boleh agak-agak dah kan ini adalah singkatan untuk apa kan?huhuhu IS adalah "Information System" dan HRIS adalah singkatan untuk "Human Resouces Information System". Sebenarnya tajuk ini patut saya ceritakan dahulu sebelum tajuk 4 jenis model HR tu. Tetapi memandangkan saya tidak hadir ke kelas pada perjumpaan pertama atas sebab-sebab tertentu, saya mengambil masa yang lama sikitlah untuk memahami bab ini.
Baiklah, sepeti yang kita tahu, dalam era globalisasi dan penuh dengan peralatan teknologi yang canggih serta terkini ini, sudah pastilah persekitaran ditempat kerja juga perlu ditingkatkan dengan teknologi serta kecanggihan yang seiring dengan arus kemodenan. Ianya supaya apa jua jenis aktiviti yang dilakukan dalam organisasi kita akan berjalan dengan lancar serta berjaya.Yang kedua dapat membantu organisasi kita untuk bersaing mencapai kedudukan yang tertinggi contohnya, jika kita pergi bercuti, sudah pasti kita memilih untuk menginap di hotel yang mempunyai kemudahan wifi serta peralatan seperti aircond,astro yang merupakan kehendak dan keperluan pada masa kini berbanding dengan hotel yang tidak memenuhi tuntutan keperluan kita kan? tambahan lagi jika kedua-dua hotel menawarkan harga yang sama. Kelebihan sistem teknologi ini yang ketiga adalah untuk menambahkan tahap kecekapan dan efektifnya sesebuah organisasi itu. Ianya membantu untuk memudahkan serta mempercepatkan lagi proses kerja dalam organisasi.
Konsep SISTEM itu sendiri adalah membantu kita memahami empat perkara utama iaitu, Teknologi, Aplikasi, Pembangunan serta Pengurusan.Teknologi yang dikatakan adalah dari aspek perkakasan, perisian, pengurusan data dan jaringan telekomunikasi.Dalam konteks organisasi pula Sistem perlu untuk menjadi fungsi dan asas untuk menjalankan proses kerja yang lebih teratur serta sistematik.Disamping itu, ia nya memudahkan proses pengurusan dan pentadbiran jabatan dalam setiap organisasi jika ia menggunakan sistem yang sama.Terakhir, sistem juga adalah komponen utama bagi menghasilkan pembangunan produk yang kompetetif dan servis yang terbaik dalam pasaran global. Ia juga adalah nadi utama dalam organisasi. Ianya adalah gabungan antara individu, perkakasan dan perisian teknologi,data dan jaringan komunikasi. Aktiviti yang dijalankan adlaah memasukkan data, memproses data kepada bentuk informasi, menyimpan data serta mengawal prestasi sistem. tersebut.
Baiklah,beralih ke HRIS dimana sistem ini digunakan oleh setiap jabatan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. HRIS adalah amat penting dalam sesebuah organisasi kerana ianya menyimpan data dan maklumat setiap individu atau pekerja. Kedua, ia menyediakan asas bagi pembangunan, serta mengawal fungsi dalam pengurusan sumber manusia.Ia juga membekalkan data kepada pihak kerjaan serta beberapa agensi yang berkaitan.
Alhamdulillah, ini sahaja yang dapat saya fahami tentang pengenalan kepada sistem IS dan HRIS ini. Semoga apa yang saya cerita ni tak lari dari maksud sebenarnya.huhuhu. ok assalamualaikum.